Gaya Kepimpinan
- Gaya kepimpinan merujuk kepada pendekatan yang digunakan oleh seorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya.
- Kajian terhadap gaya kepimpinan telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Ohio dan Universiti Michigan.
Universiti Ohio -------> Initiating Structure
-------> Consideration
Universiti Michigan --------> Orientasi Pengeluaran
--------> Orientasi Manusia
Initiating Structure
Pemimpin yang menetapkan dan menstrukturkan peranannya dan peranan subordinatuntuk mencapai matlamat.
Sentiasa mengambil berat tentang pencapaian matlamat melalui pengagihan tugas, penetapan jadual kerja, tanggungjawab dan hubungan kerja, penetapan standard yang ingin dicapai, penetapan kerja mengikut tarikh dan sebagainya.
Consideration
Kepimpinan yang didasari oleh kepercayaan dan hormat-menghormati antara pemimpin dan subordinat dan penghargaan kepada pandangan serta perasaan subordinat.
Sentiasa mengambil berat hal ehwal dan kebajikan subordinatnya serta seorang yang peramah, mudah didekati dan menganggap setiap subordinat adalah sama.
Orientasi Pengeluaran
Pemimpin yang memberi penekanan kepada pencapaian matlamat tugas dan ahli kumpulan (subordinat) sebagai salah satu cara untuk mencapai matlamat organisasi.
Subordinat dipastikan untuk mematuhi dan melaksanakan arahan yang diberikan. Penekanan pemimpin lebih tertumpu kepada aspek teknikal tugas.
Orientasi Manusia
Pemimpin yang memberi penekanan kepada hubungan antara perorangan.
Pemimpin mengambil berat tentang hubungan peribadi yang baik dengan subordinatnya.
Kesimpulan
Keberkesanan sesuatu gaya kepemimpinan bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan tertentu. Tidak ada satu gaya yang sesuai bagi semua keadaan. Ini kerana setiap gaya kepemimpinan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Contohnya, dalam organisasi ketenteraan, gaya kepimpinan autokratik mungkin lebih sesuai.